Maqis patahkan cubaan bawa masuk 20kg daging korban dari Bangladesh

Maqis patahkan cubaan bawa masuk 20kg daging korban dari Bangladesh

PEGAWAI Maqis Kelantan menunjukkan daging lembu korban dari Bangladesh yang dirampas semasa melakukan pemeriksaan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan mematahkan cubaan membawa masuk 20 kilogram (kg) daging korban dari Bangladesh apabila merampas bahan mentah di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pangkalan Chepa di sini pada 26 Jun lalu.

Rampasan pukul 6 petang itu dilakukan menerusi pemeriksaan yang dilakukan oleh pegawai penguat kuasa Maqis Kelantan di laluan ketibaan penumpang.

Pengarahnya Syed Fuad Syed Putra berkata, semasa melakukan pemeriksaan itu pegawai bertugas telah melihat kotak polistiren yang berada dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut telah menjumpai daging lembu korban dari Bangladesh yang tidak mempunyai permit sah.

“Daging tersebut telah ditahan untuk tindakan lanjut. Perbuatan mengimport apa-apa jenis tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma tanpa Permit Import yang sah daripada Maqis adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3), Akta yang sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Syed Fuad memberitahu, larangan pengimportan serta membawa masuk daging berkenaan menerusi laluan udara bertujuan menghalang risiko kemasukan penyakit FMD (Foot and Mouth Disease) ke negara ini dan merosakkan industri penternakan negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya