Magic mushroom, Kelantan tunggu laporan JPN

Magic mushroom, Kelantan tunggu laporan JPN

MOHAMED Fadzli Hassan (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan insentif berjumlah RM543,000 daripada Kerajaan Kelantan kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2023 di Dewan Besar YIK di Tunjong, Kota Bharu, Kelantan hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menunggu laporan dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi mendapatkan data berkait penglibatan pelajar sekolah dengan gejala mencampurkan cecair vape dengan dadah dikenali sebagai ‘magic mushroom’.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, kerajaan negeri sudah menghubungi JPN sejak Khamis lalu untuk mendapatkan laporan.

“Ini merupakan benda baharu dan kita bimbang jika langkah segera tidak diambil berkemungkinan besar ia boleh memberikan kesan kepada pembentukan generasi masa hadapan.

“Semua pihak termasuk kerajaan negeri sendiri baru didedahkan dengan gejala tersebut yang menyerap masuk ke dalam institusi kekeluargaan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2023 Kerajaan Negeri Kelantan di Dewan Besar YIK, Tunjong, di sini hari ini.

Mohamed Fadzli memberitahu, pada masa sama kerajaan negeri turut meminta Yayasan Islam Kelantan (YIK) untuk mendapatkan maklumat sekiranya ada pelajar-pelajar di bawahnya terlibat dalam gejala sama.

“Minta-minta tiada pelajar YIK terlibat dan harap anak-anak kita sama ada di bawah YIK atau JPNK atau di mana-mana sahaja supaya menjauhi dadah dikenali sebagai ‘magic mushroom’ ini,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution pada Persidangan Dewan Rakyat memaklumkan kajian Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) terdapat 65 daripada 152 pelajar di Kelantan dikesan terlibat dalam salah guna dadah dengan mencampurkan cecair vape dan ‘magic mushroom’.

Menurut Saifuddin, penemuan awal oleh penyelidik dari HUSM yang membentangkan kajian ketika program Majlis Tindakan Negeri Kelantan baru-baru ini, jauh lebih menggerunkan berikutan jumlah besar itu.

Katanya lagi, perkara itu lebih teruk daripada methamphetamine dan syabu yang boleh mengganggu emosi dan fizikal.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya