BEIJING: Seorang lelaki ditangkap kerana cuba menyeludup lebih 100 ekor ular hidup ke China dengan menyembunyikannya di dalam seluar. Pengembara yang tidak dinamakan itu dihalang oleh pegawai kastam ketika dia cuba menyelinap keluar dari Hong Kong ke bandar sempadan Shenzhen, kata Kastam China dalam kenyataan, hari ini. “Setelah diperiksa, pegawai kastam mendapati poket seluar yang dipakai penumpang itu dibungkus dengan enam beg bertali kanvas dan dilekatkan dengan pita. “Sebaik dibuka, setiap beg didapati mengandungi ular hidup dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna,” katanya. Kenyataan berkata, pegawai merampas 104 ekor reptilia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya