KINABATANGAN: Mayat lelaki yang dilaporkan hilang dibaham buaya semasa keluar memukat bersama anaknya empat hari lalu ditemukan di sungai berhampiran Kampung Sobak Perpaduan, di sini hari ini. Mayat mangsa dikenali sebagai Kami Antong, 35, ditemukan kira-kira pukul 10.15 pagi dalam keadaan separuh anggota badan hilang akibat dibaham buaya. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, mangsa dilaporkan keluar memukat bersama anak lelakinya berusia 10 tahun pada Selasa. Berdasarkan maklumat awal, mangsa melakukan aktiviti memukat bersama anaknya pada pukul 4 petang selepas selesai memotong buah sawit.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya