PORT DICKSON: Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson hari ini atas pertuduhan mencuri emas di sebuah rumah di Telok Kemang, di sini, minggu lalu. Tertuduh, M. Kalithosan, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Uthman Abd Ghani. Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa telah mencuri di dalam sebuah rumah, harta benda dari milikan seorang wanita berusia 34 tahun iaitu sebentuk cincin dan dua utas rantai emas. Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 6.15 pagi sehingga 8.23 pagi di Telok Kemang pada 17 Julai lalu. Tertuduh didakwa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya