KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengenal pasti pemilik stesen minyak yang membenarkan kenderaan bernombor pendaftaran asing mengisi petrol RON95 selepas satu video tular baru-baru ini. Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDN Kuala Lumpur, Nurul Syarina Md Anuar berkata, pihaknya mengambil maklum berhubung isu itu dan menghantar sepasukan pegawai bagi menyiasat stesen minyak yang terletak di Penchala Link, Plaza Tol Penchala di sini 5.30 petang semalam. Katanya, semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kejadian itu berlaku pada 5.11 petang, 19 Julai lalu. “Pemilik kenderaan membuat pembayaran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya