PARIS: Korea Selatan meluahkan rasa kesal kerana delegasi atletnya diperkenalkan sebagai Korea Utara semasa upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris, semalam. Ketika bot yang membawa atlet Korea Selatan melintasi Sungai Seine, penyiar memperkenalkan mereka sebagai ‘Republik Rakyat Demokratik Korea’ – nama rasmi Korea Utara – dalam bahasa Perancis dan Inggeris. Penyiar turut menggunakan pengenalan yang sama pada delegasi atlet Korea Utara. Timbalan Menteri Sukan dan Budaya Korea Selatan, Jang Mi-ran meminta mengadakan pertemuan dengan Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Thomas Bach. “Kami melahirkan rasa kesal kerana atlet negara diperkenalkan sebagai Korea Utara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya