PETALING JAYA: Semua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Batalion 850-11 (MALBATT 850-11) Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) akan terus kekal di Lubnan bagi melaksanakan misi pengaman dan kemanusiaan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman berkata, pasukan tersebut juga bersedia berdepan dengan sebarang kemungkinan. Setakat ini katanya, semua anggota yang berada di sana dalam keadaan selamat dan melaksanakan tugasan seperti biasa. “Alhamdulillah, walaupun situasi di sana tegang, semua pegawai dan anggota kita selamat. Mereka melaksanakan tugasan seperti biasa. “Pasukan Malbatt 850-11 sentiasa bersedia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya