KOTA BHARU: Keris Tok Chu dan sampir Kuseriwa secara rasmi diisytiharkan sebagai warisan Kelantan bermula hari ini. Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra berkenan mencemar duli menyempurnakan majlis pengisytiharan keris dan sampir itu sempena Festival Keris dan Warisan Kelantan 2024 di Balai Rong Seri, Istana Balai Besar, di sini. “Bismillahirrahmanirrahim, kita merasmikan Pesta Keris dan Warisan Kelantan selain mengiystiharkan Keris Tok Chu dan sampir Kuseriwa sebagai warisan Kelantan,” titah baginda pada Majlis Perasmian Festival Keris dan Warisan Kelantan dan Pengisytiharan Keris Tok Chu dan Sampir Kuseriwa Sebagai Warisan Kelantan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya