Kempen Kamala Harris cecah RM931 juta - Utusan Malaysia

Kempen Kamala Harris cecah RM931 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON : Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris berjaya mengumpul dana sebanyak AS$200 juta (RM931 juta) dalam tempoh seminggu sejak beliau diumumkan sebagai calon presiden Parti Demokrat.

Penolong Pengurus Kempen beliau, Rob Flaherty di laman X memaklumkan, sebanyak 60 peratus daripada sumbangan itu datang daripada penderma baharu.

“Selain itu, sejumlah 170,000 sukarelawan baharu berdaftar dengan kami sejak minggu lalu,” katanya seperti laporan Arab News.

Presiden, Joe Biden minggu lalu mengakhiri usaha untuk mempertahankan jawatannya sekali gus menamakan Harris untuk pilihan raya pada 5 November ini menentang calon Presiden Parti Republikan, Donald Trump.

Satu tinjauan sepanjang minggu lalu oleh Reuters/Ipsos menunjukkan, Harris dan Trump berada dalam kedudukan hampir seimbang, menandakan persaingan sengit berbaki 100 hari sebelum pilihan raya.

Awal bulan ini, pasukan kempen Trump mengumumkan menerima AS$331 juta (RM1.54 bilion) sumbangan, lebih AS$264 juta (RM1.2 billion) yang dikumpul oleh kempen Biden.

Harris memperoleh sokongan daripada majoriti perwakilan ke Konvensyen Nasional Demokrat, yang kemungkinan besar memastikan beliau hampir pasti menjadi calon presiden parti itu.

Biden menarik diri ekoran persoalan mengenai usia dan faktor kesihatan selepas prestasi buruk dalam perdebatan menentang Trump, akhir bulan lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN