PUTRAJAYA: Malaysia bertegas tidak akan berbincang sebarang isu berkaitan kedaulatan Sabah dengan mana-mana pihak. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak akan melayan sebarang desakan Filipina untuk menuntut Sabah dan tidak mungkin terlibat dalam apa-apa rundingan melibatkan hak serta kedaulatan negara. “Kerajaan tidak akan bertolak ansur (walaupun) satu inci tanah rakyat kita dan tidak mungkin terlibat dalam apa-apa rundingan melibatkan hak dan kedaulatan negara,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Bulan Keselamatan Negara 2024 di sini, semalam. Anwar bagaimanapun memberitahu, walaupun berdepan dengan tuntutan seumpama itu, hubungan diplomatik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya