KUALA LANGAT: Setiap lapisan masyarakat perlu dipupuk kesedaran terhadap kebersihan pantai dan rasa cinta kepada keindahannya supaya ekosistem alam sekitar di kawasan peranginan tersebut terpelihara serta boleh berterusan dikunjungi orang ramai. Ini kerana, penjagaan kebersihan pantai secara tidak langsung membantu memastikan kesejahteraan penduduk setempat, pelancong mahupun haiwan yang di darat atau pun di laut. Pengerusi Kelab Sukan Dan Rekreasi, Bahagian Pusat Perhubungan Solusi Korporat, AIA Shared Services Berhad, Muhammad Khaidir Adzim berkata, penjagaan kebersihan pantai dan tempat peranginan perlu dilakukan berterusan secara sukarela. Menurutnya, aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya