PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berbangga dengan prestasi ekonomi negara yang meningkat pada tahap 5.8 peratus dalam suku kedua tahun ini. Sehubungan itu, Perdana Menteri menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pemegang taruh yang terlibat secara langsung dalam usaha mengembangkan ekonomi negara ke tahap yang lebih baik. Katanya, berita baik itu adalah selaras dengan janji kerajaan di bawah gagasan Malaysia Madani yang menjanjikan banyak perkara bermanfaat untuk rakyat dan negara. “Dalam ekonomi madani kerajaan menjanjikan peluang pekerjaan, latihan, pemindahan teknologi, ke arah peralihan negara dan digital yang lebih baik.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya