KOTA BHARU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan bercadang untuk mewujudkan pejabat penguatkuasaan baharu di Gua Musang pada tahun ini dalam usaha mengekang kegiatan penyeludupan. Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, sehubungan itu, satu kertas kerja akan dihantar kepada Ibu Pejabat JKDM dalam masa terdekat. Menurutnya, keperluan pejabat baharu itu dalam memastikan JKDM Kelantan dapat bertindak terutamanya melibatkan kes penyeludupan dengan pantas di daerah itu tanpa mengambil masa yang lama. “Kita dapati kegiatan menyeludup kerap berlaku di kawasan sekitar Gua Musang sejak kebelakangan ini. “Oleh itu, saya bercadang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya