PUTRAJAYA: Kerajaan mahu semua platform media sosial mematuhi undang-undang sedia ada di negara ini terutama dalam menurunkan segera kandungan yang boleh memudaratkan pengguna. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat jemaah menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam. Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, jemaah menteri juga mahu isu jenayah di media sosial ditangani segera termasuk memantapkan aspek siasatan dan pendakwaan. “Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sudah diarahkan untuk meneliti perkara itu. “Kerajaan melihat masalah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya