JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri akan menubuhkan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) bagi mengatasi isu kekurangan tenaga kerja mahir yang diperlukan selari dengan pelaksanaan inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ). Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, penubuhannya penting bagi memastikan inisiatif ekonomi berimpak tinggi itu dapat dijayakan dengan baik, sekali gus merealisasikan hasrat menjadikan Johor negeri maju menjelang 2030. Katanya, jumlah pekerjaan di negeri ini telah meningkat sejak Januari lalu dengan 74,710 kekosongan jawatan diiklankan, namun hanya 51,946 pemohon direkod. “Menurut statistik, 22.3 peratus graduan di Johor bekerja dalam pekerjaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya