Jentera UMNO seluruh negara mula berkampung di Nenggiri 21 Julai ini

Jentera UMNO seluruh negara mula berkampung di Nenggiri 21 Julai ini

AHMAD Jazlan Yaakub (tengah) semasa sidang media mengumumkan Ketua Pemuda UMNO Kelantan Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani sebagai calon BN bagi PRK Nenggiri di Pejabat UMNO negeri, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jentera UMNO dari seluruh negara akan mula berkampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bermula 21 Julai ini bagi membantu kerja-kerja kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK).

Pengerusi BN negeri Datuk Ahmad Jazlan Yaakub bagaimanapun berkata, hanya jentera UMNO dari Sabah sahaja yang tidak akan turun membantu kerja-kerja kempen.

Menurutnya, tindakan itu bagi memboleh seluruh jentera parti berkenalan dengan kepimpinan di akar umbi di kawasan berkenaan.

“Selepas itu mereka akan membantu kerja-kerja kempen bagi memastikan BN berjaya merampas semula kerusi tersebut pada PRK Nenggeri 17 Ogos nanti.

“Insya-Allah, pada 29 Julai ini, jentera pilihan raya akan dilancarkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,” katanya kepada pemberita semasa sidang media selepas mengumumkan Ketua Pemuda UMNO Kelantan Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani sebagai calon BN bagi PRK Nenggiri di Pejabat UMNO negeri di sini hari ini.

Pada PRK lalu, calon Perikatan Nasional dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Mohd. Azizi Abu Naim menang dengan majoriti 810 undi menewaskan calon BN Ab. Aziz Yusoff.

Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd. Amar Abdullah pada 13 Jun lalu mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan.

Ia selepas beliau menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan daripada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Bersatu mengenai pengguguran keahlian bekas ADUN Nenggiri, Mohd. Azizi Abu Naim daripada Bersatu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudian menetapkan pengundian PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos depan manakala tarikh penamaan calon serta pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya