PARIT BUNTAR: Kejadian buli di institusi pendidikan tidak harus disembunyikan sebaliknya perlu ditangani berdasarkan garis panduan Kementerian Pendidikan (KPM). Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya sudah melakukan penambahbaikan dalam garis panduan antibuli bagi menangani gejala tersebut dengan kerjasama semua agensi termasuk Polis Di Raja Malaysia (PDRM), pemegang taruh dan pihak berkaitan. Beliau berkata, pihaknya memberi ruang bagi meningkatkan keupayaan dan kapasiti serta peranan guru kaunseling dan kaunselor di sekolah dalam menangani isu buli. “Apabila kita terima aduan berhubung isu buli, itu menunjukkan semua pihak sedar tentang keterbukaan ruang untuk bercakap…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya