PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengingatkan rakyat negara ini supaya tidak bersikap keterlaluan atau ekstrem terutama dalam isu yang berkaitan dengan kaum dan agama. Baginda bertitah, masyarakat Malaysia dan umat Islam khususnya perlu memperkuatkan semangat hidup bersaudara untuk membentuk generasi masa hadapan yang bersatu padu. “Semua kaum ada budaya dan agama sendiri. Kita mesti hidup dengan hormat-menghormati di antara satu sama lain. “Sesungguhnya semua umat Islam itu adalah bersaudara. Perbezaan bangsa, budaya dan asal usul tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk kita berselisih faham, caci-mencaci dan tuduh-menuduh di antara satu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya