BEIJING: Sekurang-kurangnya 11 orang maut dan lebih 30 yang lain hilang selepas sebuah jambatan runtuh akibat hujan lebat di utara China, semalam. Jambatan yang merentasi sebuah sungai di Shangluo, wilayah Shaanxi runtuh sekitar pukul 8.40 malam (waktu tempatan), akibat hujan lebat dan banjir kilat, lapor agensi berita Xinhua. Penyiar kerajaan China Central Television (CCTV) berkata, hampir 20 kenderaan dan lebih 30 orang dilaporkan masih hilang. Setakat ini, 11 mangsa ditemukan di dalam lima kenderaan yang jatuh ke dalam sungai, kata penyiar itu. Sementara itu, imej di televisyen CCTV menunjukkan bahagian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya