PONTIAN: Seorang isteri yang bersekongkol dengan seorang lelaki melakukan ugutan terhadap suaminya dipenjara tiga bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku salah atas pertuduhan berkenaan. Jika gagal membayar denda berkenaan, Majistret Nur Azzuin Abdul Moati turut memerintahkan tertuduh, Syuzzana Yahaya, 32, dipenjara tiga bulan lagi. Walau bagaimanapun, Mohd. Feardous Osman, 42, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan sama. Berdasarkan kertas Syuzzana dan Mohd. Feardous didakwa bersama-sama melakukan pemerasan menerusi aplikasi WhatsApp terhadap Zakaria Mohd. Nooh, 41, dengan mendatangkan ketakutan untuk mendorongnya menyerahkan wang tunai. Pesanan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya