GAZA: Pengarah Hospital Al-Shifa, Dr Mohammed Abu Salmiya dibebaskan hari ini, selepas lebih tujuh bulan ditahan dalam operasi ketenteraan Israel, November lalu. Menurut Pengarah Hospital Al-Nasser di selatan Gaza, Nahedh Abu Taema, Salmiya adalah antara 55 tahanan Palestin dari Gaza yang dibebaskan. Beliau berkata, 50 daripada mereka dibawa ke Hospital Al-Nasser untuk pemeriksaan kesihatan, manakala lima yang lain dibawa ke Hospital Syahid Al-Aqsa di Deir al-Balah. Salmiya bersama beberapa pegawai perubatan lain ditangkap pada 23 November tahun lalu, ketika dalam perjalanan melalui Jalan Salah al-Din dari Gaza City ke kawasan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya