Iran kutuk serangan Israel di Yemen - Utusan Malaysia

Iran kutuk serangan Israel di Yemen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHRAN: Iran mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara maut Israel terhadap sebuah pelabuhan dikuasai gerakan Houthi di Hodeidah, Yemen semalam yang mengakibatkan enam maut dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain.

Jurucakap Kementerian Luarnya, Nasser Kanani kelmarin berkata, bedilan tersebut menggambarkan kekejaman rejim Zionis yang tidak berperikemanusiaan dan sanggup membunuh kanak-kanak.

“Israel dan sekutunya termasuk Amerika Syarikat bertanggungjawab terhadap kesan dan akibat jenayah perang berterusan yang mereka lancarkan terhadap Gaza, begitu juga serangan ke atas Yemen,” katanya seperti laporan Arab News.

Jet tempur Israel kelmarin membedil pelabuhan utama di
Hodeidah sebagai tindakan balas kepada serangan dron oleh gerakan Houthi di Tel Aviv.

Houthi sejak itu mengugut serangan balas besar-besaran terhadap Israel.

Ketegangan di rantau itu semakin memuncak sejak Israel melancarkan perang terhadap Gaza pada Oktober lalu, yang menyaksikan Hamas mendapat sokongan kumpulan-kumpulan bersenjata dari Syria, Lubnan, Iraq dan Yemen.

Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan memberitahu, sebanyak 38,919 penduduknya terbunuh sepanjang sembilan bulan serangan sementara lebih 89,000 cedera.

Konflik itu juga mengakibatkan kira-kira 1.9 juta penduduk Gaza hilang tempat tinggal.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya