BEIRUT: Hezbollah bersedia berdepan senario berbeza dalam konfliknya dengan Israel selepas Tel Aviv mengancam untuk meningkatkan ketegangan dengan Lubnan. Sebelum ini, pegawai Israel termasuk Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu mengancam untuk mengalihkan tumpuan ketenteraan dari Gaza ke Lubnan. Netanyahu mendakwa, Israel akan menghentikan operasinya di Rafah dan akan mengarahkan sasaran serangan ke negara sempadan. Tindakan ketenteraan Israel terhadap Lubnan akan mengheret lebih ramai ‘watak’ dari serantau dan mungkin antarabangsa. BERI KATA DUA Pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah mengulangi ucapannya sejak Oktober, bahawa kumpulan itu akan menghentikan serangan rentas sempadan terhadap Israel hanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya