SEREMBAN: Polemik berkaitan isu sumbangan dan tajaan syarikat minuman keras kepada sekolah vernakular yang menjadi kontroversi perlu dihentikan. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, semua pihak perlu patuh pada penegasan yang dibuat dalam mesyuarat Jemaah Menteri dengan mengekalkan garis panduan sedia ada. “Saya fikir sudah cukup dengan penegasan dibuat oleh mesyuarat Jemaah Menteri dan kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). “Jadi saya ingat kita sudah boleh hentikan polemik ini dan memberi tumpuan kepada isu-isu yang lebih penting dan lebih besar,” katanya ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Pemasyhuran Kolej Tingkatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya