KUALA LUMPUR: Guru perlu diutamakan sebagai pemegang portfolio warden asrama memandangkan jawatan tersebut secara keseluruhan menjurus ke arah pendidikan dan pembentukan sahsiah murid. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, warden asrama pada masa ini dilantik dalam kalangan guru berdasarkan konsep in loco parentis atau peranan ibu bapa di asrama untuk menjaga hal berkaitan kebajikan, keselamatan, pelajaran dan disiplin murid. Menurutnya, pelantikan guru sebagai warden juga dipercayai dapat meningkatkan penerimaan, persepsi dan kepercayaan murid serta ibu bapa. “Dalam usaha mengurangkan beban tugas guru, mulai 2019, Kementerian Pendidikan (KPM) memperluas pelantikan warden asrama. …
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya