MANILA: Gempa bumi berukuran 6.7 skala Richter menggegarkan wilayah Sultan Kudarat di selatan Filipina hari ini, lapor Xinhua. Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina berkata, gempa bumi itu berlaku pada pukul 10.13 pagi (waktu tempatan) dengan kedalaman 651 kilometer, kira-kira 91 kilometer barat daya Kalamansig, sebuah bandar pantai. Gegaran turut dirasai di Bandar Tagum, wilayah Davao del Norte. Menurut institut itu, gempa tektonik akan mencetuskan gegaran susulan tetapi tidak akan mengakibatkan kerosakan yang besar. Sementara itu, Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia turut melaporkan gempa bumi berukuran 5.8 skala Richter…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya