MANILA: Filipina dan Jepun hari ini memeterai satu perjanjian kerjasama pertahanan yang membenarkan kedua-dua negara mengadakan latihan ketenteraan bersama di wilayah masing-masing buat kali pertama. Langkah itu dilihat dapat meningkatkan kerjasama mereka untuk menentang tindakan Beijing yang lebih agresif di Laut China Timur dan Laut China Selatan. Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr menyaksikan pemeteraian Perjanjian Akses Timbal Balik (RAA) yang ditandangani Menteri Pertahanan, Gilberto Teodoro dan Menteri Luar Jepun, Yoko Kamikawa di Manila, selepas pertemuan yang turut disertai Menteri Pertahanan Jepun, Minoru Kihara. Kihara berkata, RAA mewakili ‘hubungan kerjasama’ antara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya