Fasa pertama pembinaan Taman Perindustrian IBS Sungai Bagan capai 50.5 peratus

Fasa pertama pembinaan Taman Perindustrian IBS Sungai Bagan capai 50.5 peratus

AHMAD Maslan (empat kanan) semasa meninjau pembinaan Taman Perindustrian Sistem Binaan Berindustri (IBS) di Sungai Bagan, Mcahang, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Pembangunan fasa pertama Taman Perindustrian Sistem Binaan Berindustri (IBS) di Sungai Bagan di sini telah mencapai 50.5 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2025.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pembinaan diatas tanah berkeluasan lebih 81 hektar itu membabitkan peruntukkan bernilai RM90 juta daripada kerajaan pusat.

Menurutnya, pembangunan fasa pertama sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) telah bermula pada 15 Ogos 2022 dan dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisas Negeri Kelantan (PKINK).

“Taman perindustrian ini dibangunkan secara berfasa yang dimulai dengan pembangunan infrastruktur khususnya bagi menyediakan fasiliti dan lain-lain kemudahan melalui peruntukan kerajaan (Fasa 1) dan pembangunan bangunan industri dan komersial yang dibiayai oleh pengilang dan pihak berkepentingan (Fasa 2).

“Antara skop utama bagi pembangunan fasa pertama adalah merangkumi penyediaan infrastruktur untuk 47 lot perindustrian,60 lot komersial, satu lot Pusat Kecemerlangan IBS, bangunan fasiliti , jalan, sistem perparitan dan sistem kumbahan,” katanya pada sidang akhbar sempena Lawatan Kerja Rasmi ke Taman Perindustrian IBS di Sungai Bagan, di sini hari ini.

Ahmad memberitahu, pembangunan taman perindustrian yang pertama di negara ini adalah bertujuan untuk menyediakan keperluan jaringan ekosistem strategik IBS khususnya bekalan bahan binaan dan tenaga mahir khususnya di Wilayah Pantai Timur.

Katanya, kerajaan turut berhasrat untuk membina Taman Perindustrian IBS ini di zon Tengah, Utara, Selatan, Sabah dan Sarawak.

“Setakat ini, kita sudah membuat permohonan untuk pembinaan Taman Perindustrian IBS di zon lain sekali gus membantu keseluruhan ekosistem sektor pembinaan di Malaysia.

“Penggunaan IBS secara menyeluruh juga dapat membantu dari segi pengurusan kos pembinaan termasuk mempercepatkan proses pembinaan, mengurangkan pembaziran serta mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya