KOTA BHARU: Seramai 20 tukang cuci di empat buah sekolah di sini terpaksa ikat perut dan meneruskan pekerjaan mereka meskipun tidak dibayar gaji oleh majikan atau kontraktor dilantik sejak empat bulan lalu. Mereka tiada pilihan selain perlu terus bekerja kerana majikan mengugut tidak akan membayar tunggakan gaji sekiranya tidak hadir. Mohamad Hanif Ridzuan, 29, berkata, dia bakal melangsungkan perkahwinan pada September ini dan terpaksa berhutang dengan keluarga untuk melengkapkan wang hantaran. Menurutnya, dia sudah sembilan tahun bekerja sebagai tukang cuci dan memerlukan sebanyak RM15,000 untuk urusan majlis perkahwinan termasuk wang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya