KAMPAR: Bandar Gopeng bukan sahaja terkenal dengan lemang kelamai tetapi sejenis durian jenis kampung digelar ‘peti’ atau paty dalam dialek masyarakat Rawa (Rao’) sejak berpuluh tahun lalu. Keunikan durian peti ini adalah isinya yang kuning pekat, berlemak, manis dan sedikit pahit setanding Musang King. Zulkifli Sulaiman, 62, yang sudah lebih 40 tahun menjual pelbagai jenis durian mengakui peti ada peminat tersendiri kerana keunikan rasanya. “Sebenarnya orang Gopeng sahaja yang tahu keenakan durian peti ini, namun hasilnya pada musim kali ini kira-kira 1,000 biji sahaja kerana banyak putik durian yang gugur…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya