NEW YORK: Pusingan pertama Debat Presiden Amerika Syarikat (AS) minggu lalu, gagal memulihkan reputasi Presiden Joe Biden selepas prestasinya mengundang kritikan banyak pihak. Semasa perdebatan, Biden kadang kala dilihat gagal bercakap dengan lancar ketika hendak membalas kenyataan bekas Presiden, Donald Trump. Di tengah-tengah desakan yang semakin meningkat untuk Biden berundur, wakil Republikan, Chip Roy memfailkan resolusi menggesa Naib Presiden, Kamala Harris memanggil Kabinet untuk memohon Pindaan ke-25 dan menggunakan kuasa sebagai pemangku presiden. Dalam resolusi itu, Roy berkata, Biden berulang kali dan secara terbuka menunjukkan ketidakupayaan untuk melaksanakan tugas Presiden,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya