KOTA BHARU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan kekal menggunakan simbol bulan yang juga logo Pas dalam usaha mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 17 Ogos ini. Pengerusinya Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, tindakan itu sebagaimana yang telah dilakukan semasa Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN-15) lalu. “Kita telah sepakat dan bersetuju untuk menggunakan logo Pas untuk PRK DUN Nenggiri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Utusan Online sebelum ini melaporkan, Pas Kelantan melihat simbol bulan lebih sesuai digunakan oleh Perikatan Nasional (PN)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya