AMSTERDAM: Belanda memperingati 298 mangsa pesawat Malaysia Airlines, MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, 10 tahun lalu. Upacara yang diadakan di Monumen Nasional MH17 di Taman Vijfhuizen berhampiran Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam turut dihadiri wakil dari Malaysia, Australia, Britain, Belgium dan Ukraine. Perdana Menteri ketika itu, Mark Rutte, yang juga pengkritik tegar Presiden Russia, Vladimir Putin, mendapat tepukan gemuruh berhubung usahanya semasa memegang jawatan untuk memastikan tumpuan antarabangsa kekal terhadap tragedi tersebut. Sementara itu, Perdana Menteri Belanda, Dick Schoof, yang mengambil alih jawatan awal bulan ini, menegaskan keadilan terhadap mangsa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya