Bekas pengawal keselamatan terlepas hukuman mati, dipenjara 40 tahun - Utusan Malaysia

Bekas pengawal keselamatan terlepas hukuman mati, dipenjara 40 tahun

D. KALAISELVAN terlepas hukuman gantung yang diganti dengan penjara 40 tahun oleh Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Johor Bahru hari ini mengetepikan hukuman gantung terhadap bekas pengawal keselamatan, D. Kalaiselvan, 59, yang didapati bersalah membunuh remaja perempuan berusia 16 tahun pada 2011. Keputusan itu dibuat panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hanipah Farikullah. Kalaiselvan dijatuhi hukuman penjara 40 tahun di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bermula tarikh dia ditangkap pada 3 Julai 2011. Berdasarkan fakta kes, dia didapati bersalah membunuh anak kawannya, Nur Rahayu…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya