KOTA BHARU: Seorang bekas banduan kes kumpulan pengganas Islamic State (IS) sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan memiliki bahan, menyokong dan mengaku keahlian dengan melakukan upacara baiah terhadap pemimpin kumpulan itu pada bulan lalu. Tertuduh, Nik Mohd. Shalahuddin Zakaria, 40, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah. Tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh yang merupakan seorang penganggur didakwa memiliki 1,398 keping gambar, 62 buah video dan 565 artikel…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya