KUANTAN: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak tirinya di Mahkamah Seksyen di sini hari ini. Tertuduh yang berusia 48 tahun itu membuat pengakuan terbabit selepas kertas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha. Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa melakukan kesalahan terbabit dengan memaksa anak tirinya seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun memegang kemaluannya. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 1 Julai lalu sekitar pukul 7 petang di rumahnya yang terletak di Kampung Chengal Lempung, Sungai Karang, di sini. Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya