BEIJING: Peruncit dalam platform e-dagang China memanfaatkan insiden cubaan membunuh bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menerusi penjualan baju-T. Baju itu memaparkan gambar beliau menunjukkan penumbuknya, hanya beberapa jam selepas berita itu tersebar. Di platform e-dagang popular Taobao, kumpulan pertama baju itu mula dijual kurang tiga jam selepas insiden tembakan di Pennsylvania, kira-kira pukul 6.11 petang waktu tempatan, lapor South China Morning Post. Seorang penjual Taobao berkata, dia menjual baju-T itu sebaik membaca berita berkenaan. Dalam tempoh tiga jam, ia berjaya menerima lebih 2,000 pesanan dari China dan AS.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya