JOHOR BAHRU: Seorang anggota polis cedera parah dirempuh seorang pemandu mabuk ketika sedang bertugas mengawal aliran trafik di Kilometer 3.6, Jalan Pantai menghala ke arah Permas Jaya, di sini awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, anggota yang berusia dalam lingkungan 30-an itu mengalami patah tulang pinggul kiri selain luka pada bahagian muka, dagu dan tangan kanan dalam kejadian pada pukul 7.05 pagi itu. “Kemalangan itu berlaku ketika anggota tersebut sedang membuat kawalan lalu lintas melibatkan sebuah kereta yang terbabas di kawasan tersebut.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya