Anggota polis bunuh Nur Farah Kartini dikawal ketat

Anggota polis bunuh Nur Farah Kartini dikawal ketat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Anggota polis berpangkat Lans Koperal yang didakwa membunuh Nur Farah Kartini, 25, tiba di mahkamah Kuala Kubu Bharu, hari ini.

Suspek yang memakai berwarna hitam dan bergari tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9 pagi dengan menaiki kenderaan polis, untuk berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, media melaporkan suspek ditahan 15 Julai pada hari yang sama penemuan mayat Nur Farah Kartini di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor.

Polis telah menemukan telefon pintar di dalam parit ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor manakala beg tangan dipercayai milik Nur Farah Kartini di Sungai Trolak Kampung Batu, Perak.

Polis turut menemukan dua rangkai kunci kereta dan dompet mengandungi kad pengenalan milik Nur Farah.

Bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu sebelum ini dilaporkan hilang pada 10 Julai lalu.

Jenazah mangsa yang dibawa ke Unit Forensik Hospital Sungai Buloh dituntut pada Khamis lalu seterusnya dikebumikan pada 5.20 petang di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Pahang. – utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN