ALOR SETAR: Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berdepan 40 pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana gagal melaporkan kesalahan pemberian rasuah melibatkan wang berjumlah RM42,100 antara 2016 hingga 2019. Tertuduh, Mohamad Sobri Osman, 39, mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan itu yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini. Mengikut pertuduhan, dia yang bertugas sebagai pegawai pemeriksa kereta motor gred AB29 di JPJ Kuala Ketil, didakwa telah diberikan suapan oleh Pengurus Pro-Star Transport Sdn. Bhd., Saw Chee Leong, 38, melalui akaun Maybank milik tertuduh. Pemberian rasuah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya