BAGAN SERAI: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamahri membuat laporan polis berkaitan beberapa buah premis perniagaan yang didakwa menjalankan operasi judi online secara terbuka di Tanjung Piandang. Menurut Abdul Yunus, pihaknya menerima aduan daripada rakyat dikawasannya berhubung aktiviti tersebut. “Berdasarkan aduan penduduk setempat, saya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian membuat laporan polis. “Tujuan laporan dibuat supaya pihak PDRM dapat segera mengambil tindakan tegas dengan menyiasat dan menangkap dalang yang terlibat dalam kegiatan tersebut,” katanya selepas membuat laporan polis di IPD Kerian Bagan Serai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya