98.7 peratus graduan lulusan TVET KKDW dapat kerja

98.7 peratus graduan lulusan TVET KKDW dapat kerja

AHMAD Zahid Hamidi (lima kanan) melakukan gimik perasmian Karnival Kerjaya dan Sukan Anak Muda Madani 1.0 di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Sebanyak 98.7 peratus graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) diterima bekerja sejurus menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kejayaan itu memperlihatkan kursus-kursus yang diperkenalkan oleh institusi dibawah KKWD seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan Felcra dibuat mengikut permintaan pasaran.

“Menariknya, peratusan yang ditunjukkan oleh institusi dibawah KKDW itu berjaya mengatasi kebolehpasaran graduan TVET iaitu pada tahap 94.5 peratus. Walaupun keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kurang baik, namun mereka yang mengikuti TVET mereka boleh menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Untuk makluman, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap I dan Tahap II bertaraf sijil dan mereka boleh meneruskan pengajian di peringkat diploma. Tahap 3 hingga 5 pula bertaraf diploma,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya dan Sukan Anak Muda Madani 1.0 di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ibrahim 1 di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah memberitahu, lulusan TVET boleh menyambung pengajian ke peringkat ijazah apabila lima buah univeristi tempatan iaitu Universiti Kuala Lumpur (UNiKL), Universiti Teknikal Melaka, Universiti Tun Hussein Onn, Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Malaysia Perlis menawarkan peluang berbuat demikian.

Katanya, melalui perubahan ini graduan TVET yang cemerlang di peringkat diploma boleh menyambung pengajian di peringkat ijazah tanpa berpandukan kepada keputusan SPM.

“Kita (KKDW) telah membuka permohonan secara atas talian kepada mereka yang berminat dalam bidang ini menerusi UP_TVET dengan menawarkan sepuluh pilihan bidang pengajian.

“Oleh itu, peluang ini tidak boleh dilepaskan kerana banyak tempat disediakan kepada pelajar lepasan SPM untuk menyambung pelajaran,” ujarnya.

Ahmad Zahid memberitahu, pada tahun ini sebanyak RM60 juta pelaburan asing telah masuk ke Malaysia bernilai RM60 juta dan universiti tidak mampu mengeluarkan pekerja yang mempunyai kemahiran untuk menampung keperluan.

“Jadi TVET lah penyelesaiannya, manfaatkanlah peluang ini,” ujarnya.–UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya