TEL AVIV: Dua pertiga daripada rakyat Israel menyokong jika Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu meninggalkan politik dan tidak bertanding untuk penggal baharu. Menurut tinjauan dijalankan oleh saluran peribadi Israel 12, 66 peratus responden mahu Netanyahu, 74, bersara dan tidak bertanding untuk penggal ketujuh sebagai Perdana Menteri. Hanya 27 peratus responden yang menyokong beliau kekal berkuasa dan bertanding untuk penggal baharu, lapor agensi Anadolu. Sementara itu, satu lagi tinjaun oleh akhbar Maariv menunjukkan Benny Gantz, yang mengetuai Parti Perpaduan Nasional, menjadi saingan sengit Netanyahu untuk jawatan Perdana Menteri. Kebelakangan ini, Netanyahu berdepan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya