BEIJING: Sekurang-kurangnya 16 maut dalam kebakaran di sebuah pusat membeli belah di wilayah Sichuan, barat daya China, semalam. Kebakaran berlaku di sebuah bangunan 14 tingkat di zon teknologi tinggi bandar Zigong, lapor agensi berita Xinhua. Operasi menyelamat ditamatkan sekitar jam 3 pagi (waktu tempatan) hari ini. Kira-kira 30 orang diselamatkan dari kompleks itu, dengan kebakaran berjaya dipadamkan sekitar 8.20 malam (waktu tempatan), menurut media kerajaan, CCTV. Jabatan perkhidmatan kecemasan Zigong menerima laporan kebakaran sekitar 6.10 petang semalam. Kebakaran adalah perkara biasa di China disebabkan oleh piawaian keselamatan yang longgar dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya