KATHMANDU: Sekurang-kurangnya 11 maut akibat hujan lebat yang mencetuskan tanah runtuh dan banjir kilat dalam tempoh 36 jam di Nepal. Jurucakap polis, Dan Bahadur Karki berkata, lapan mangsa dilaporkan hilang, dikhuatiri hanyut banjir atau tertimbus tanah runtuh, manakala 12 yang lain cedera dan dirawat di hospital. “Pasukan penyelamat berusaha membersihkan tanah runtuh dan membuka laluan di jalan raya utama,” katanya. Di tenggara Nepal, sungai Koshi, yang menyebabkan banjir di negeri Bihar, timur India hampir setiap tahun, direkodkan berada pada paras bahaya. “Aliran Koshi semakin meningkat dan meminta penduduk untuk terus…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya