COPENHAGEN: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyalahkan empat industri utama iaitu tembakau, makanan ultra-proses (UPF), bahan api fosil dan alkohol kerana menjadi punca 2.7 juta kematian direkodkan setahun di Eropah. Pengarah WHO rantau Eropah, Hans Kluge turut mendakwa industri terbabit menghalang dasar awam yang boleh menjejaskan keuntungan mereka. “Empat industri ini membunuh sekurang-kurangnya 7,000 orang di rantau ini setiap hari,” katanya dalam kenyataan. Gabungan sektor industri ini menjadi sebilangan kecil syarikat multinasional, membolehkan mereka mengguna kuasa ketara ke atas politik dan undang-undang untuk menghalang dasar kepentingan awam yang boleh menjejaskan margin…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya