ROMPIN: Guru Penolong Kanan 1 Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka, Hasnatul Adilah Hassan, 48, sempat diajar mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. Mangsa tercampak keluar dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dan treler berhampiran simpang tiga Bahau, Jalan Kuantan-Segamat di sini semalam. Seorang lagi mangsa yang juga penumpang bas persiaran berkenaan, Asmaniza Mohamad, 50, berkata, dia bersama seorang lagi guru sekolah terbabit merupakan antara individu terawal yang menemukan mangsa. Katanya, ketika ditemukan, mangsa masih sedar dan sempat bertanya di mana anak bongsunya, Muhammad Farouq Saifullizan, 12,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya