KOTA TINGGI: Kerja pembersihan melibatkan fasa satu di sepanjang pesisir pantai Sungai Rengit hingga Teluk Ramunia, Pengerang dekat sini susulan tumpahan minyak akibat perlanggaran kapal di Singapura selesai dilakukan. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, fasa pertama itu membabitkan pengumpulan sisa sampah berminyak. Meskipun fasa satu telah selesai namun pemantauan masih dilakukan, manakala bagi fasa kedua pula membabitkan penyemburan kawasan berbatu dan pembersihan batu kerikil yang siap 40 peratus dilaksanakan. “Keadaan kawasan pantai Sungai Rengit ketika ini dipercayai terdapat lapisan minyak yang nipis dan sisa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya