JOHOR BAHRU: Seorang warga emas mengaku pernah dikasari dan diugut bunuh oleh anak lelakinya yang merupakan bekas banduan semata-mata tidak mendapat wang untuk membeli dadah. Wanita berusia 64 tahun itu juga pernah dibiarkan berjemur dan tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah hanya kerana ketagihan anaknya berusia 30-an tidak dipenuhi. Kesengsaraan yang dialami itu membuatkannya terpaksa melaporkan perbuatan anaknya di Balai Polis Kangkar Pulai dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) baru-baru ini sebelum anaknya itu diberkas dan dibawa ke pusat pemulihan di Selangor. “Pelbagai penderitaan terpaksa mak cik lalui, bayangkan wang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya